Berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Polo Bulanan




Oleh : Aimi Sani / Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Mohd. Sahrizal Haji Said






JERUDONG, Jumaat, 26 April. - Pasukan White menjuarai Kejohanan Polo Bulanan bagi Royal Brunei Polo and Riding Club (RBPRC) setelah menumpaskan Pasukan Green pada perlawanan yang berlangsung di Jerudong Park Polo and Riding Club, Jerudong, di sini.


Dalam perlawanan tersebut, Pasukan White yang diketuai oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berjaya menewaskan Pasukan Green yang diketuai oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan kiraan 5.5 berbalas tiga dalam empat 'chukker'.


Berkenan berangkat menyaksikan perlawanan tersebut ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.


Juga berangkat pada perlawanan tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.


Terdahulu, perlawanan menyaksikan Pasukan Black merangkul tempat ketiga setelah menumpaskan Pasukan Purple di tempat keempat dengan kiraan 10 - 3.


Pegawai Tugas Khas Kanan, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Awang Haji Abdul Karim bin Haji Abdul Wahab juga selaku Pengarah RBPRC juga hadir dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para peserta perlawanan.


 


 


 


 


 


 




Close